Monday, 29 November 2010

Pulau Perhentian,Terengganu(part 1)
















Ini merupakan kali pertama aku dan puteri ku menjejak kaki ke Pulau Perhentian.Tak sangka percutian kali ini memang menyeronokkan.Asalnya puteri aku agak takut semasa bot mula bergerak,sepanjang perjalan puteriku hanya memeluk aku dengan erat.dengan angin yang kuat(bukan sepoi2 bahasa yer),menampar muka2 kami semua tapi aku rasa aman dan damai sekali :) .Sebelum terlupa sepanjang aku dan puteri ku didalam perjalanan ke pulau perhentian,kami tidak disediakan dengan 'safety jaket',bahayakan....tapi alhamdulillah kami sampai dengan selamatnya.
Perjalanan aku dan puteriku ke Pulau Perhentian ditemani dengan sepupuku Anis,sahabat karibku cikja(gelaran drp puteriku) dan adik cikja, Ain.Sebenarnya kami ambil pakej 2 hari 1 malam (RM250 seorang tidak termasuk puteriku) yang diuruskan oleh kawanku meksu.
Di Pulau Perhentian kami menginap di watercolor resort.Perjalan dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa dalam 30 minit(bergantung kepada bot jugak)

No comments:

Post a Comment